Skip to main content Skip to first level navigation
Skip to main content First level navigation Menu
Breadcumbs
Main content

Notis

RICOH (MALAYSIA) SDN. BHD. (10078-W)

 

Pelanggan yang dihargai,

 

Kami di Ricoh (Malaysia) Sdn. Bhd. (10078-W) sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Oleh itu, kami mengekalkan data peribadi anda di dalam pangkalan data kami. "Data peribadi" merangkumi nama anda, alamat, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat e-mel, alamat tempat bekerja, profesion atau jawatan yang disandang atau kecenderungan peribadi anda. Ini adalah bagi membolehkan kami memaklumkan anda segala perkembangan terbaru kami seperti produk baru, perkhidmatan, tawaran atau promosi yang mungkin menarik minat anda. Kami juga mengekalkan data anda supaya kami dapat memberikan jaminan atau khidmat selepas jualan dimana anda layak menerimanya.

 

Dengan adanya Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP"), kami ingin memberitahu anda tentang hak-hak anda dan kami bertanggungjawab dengan data peribadi anda.

 

Data peribadi anda yang diberikan kepada kami membolehkan ia digunapakai oleh pihak kami atau pemberian data tersebut dari pihak kami kepada syarikat induk atau anak-anak syarikat, pengedar, sub-kontraktor, penjual semula, ejen atau pihak-pihak lain yang membekalkan produk atau perkhidmatan untuk dan bagi pihak kami, dengan tujuan untuk memaklumkan kepada anda melalui e-mel, pos, panggilan telefon, SMS, faks, lawatan peribadi atau dengan apa-apa cara lain melalui mana-mana acara, pertandingan, pelancaran produk , promosi jualan, kemas kini teknikal atau apa-apa perkhidmatan lain yang ditawarkan oleh Ricoh (Malaysia) Sdn. Bhd atau pihak-pihak yang disebut di atas. Pihak- pihak tersebut juga boleh mengumpulkan maklumat peribadi anda untuk rekod kami yang akan digunakan untuk tujuan yang sama. Mereka juga tertakluk pada APDP.

 

Kami juga boleh menggunakan data peribadi anda bagi tujuan pemasaran atau analisa jualan dengan kaedah rawak.

 

Di bawah APDP, anda:

 

a)      Boleh meminta untuk mengakses atau membuat permintaan untuk mengubah data peribadi anda pada bila-bila masa;

b)      Boleh mendapatkan maklumat khusus tentang bagaimana data peribadi anda akan digunakan;dan

c)      Mengekalkan budi bicara untuk menarik balik kebenaran anda atau untuk membuat syarat mengenai penggunaan mana-mana atau

         semua data peribadi anda padabila-bila masa, termasuk bagaimana data peribadi anda digunakan.

 

Jika anda ingin melaksanakan mana-mana hak anda seperti yang tertera di atas pada bila-bila masa, atau jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi kami atau pengedar, ejen atau penjual semula anda.

 

Total Quality Management Department

Ricoh (Malaysia) Sdn. Bhd. (10078-W)

No.5, JalanPenyair U1/44

Off JalanGlenmarie

40150 Shah Alam

Selangor, Malaysia.

Hotline: 1-300-88-8228

Email: ricoh.tqm@ricoh.com.my

 

 

 

The Management

Ricoh Malaysia